Related Posts with Thumbnails

Susah Buat Laman Web ?

Tuesday, November 3, 2009

Susah ke nak buat laman web ni kalau tak tau apa-apa?
ya..memang susah pun..tiada basic html camne nak buat laman web kan..

Kebanyakkan newbie banyak menggunakan notepad sebagai platform untuk kod-kod html tapi bagi saya, ia nampak sukar sekiranya kita tidak menghafal kod html tersebut..

Sebagai langkah pertama saya untuk mencipta sebuah laman web, saya menggunakan Macromedia Dreamweaver..kepada newbie yang berjinak-jinak untuk mencipta sebuah laman web, korang leh cuba menggunakan software ini untuk membantu dan memudahkan korang nak untuk mencipta sesebuah laman web asas..



Kriteria Laman Web Yang Baik

Terdapat beberapa perkara penting yang harus diambil kira semasa
merekabentuk laman web. Tips berikut amat bagus bagi menghasilkan
laman web yang baik dan menggembirakan pengunjung anda:

1. Rekabentuk laman web yang simple dan mudah. Ingat, tujuan
anda membina laman web ialah untuk menyampaikan info tentang
produk anda kepada pelawat. Jadikan lama web anda ringkas dari
menggunakan gambar dan animasi yang terlalu banyak sehinga
mengganggu focus pengunjung anda terhadap info yang anda
sediakan.

2. Objektif. Pastikan anda tahu dan faham apa tujuan laman web
tersebut dibina kerana ia akan mempengaruhi pelbagai aspek
rekabentuk laman web seprti penggunaan warna, sasaran
pengguna, teknologi, dsb. Isi laman web juga haruslah fokus
kepada objektif.

3. Kedudukan link/menu perlu konsisten. Anda perlu menyediakan
link pada kedudukan yang tetap. Jika dalam fail utama link anda
berada dibahagian tengah atas, pastikan page lain juga mempunyai
link pada kedudukan yang sama.

4. Gambar yang digunakan hendaklah optima supaya ia cepat diload dan tidak terlalu berat. Rekabentuk grafik yang menarik menjadikan laman web anda unik dan menarik di pandangan matapengunjung, tetapi ingat, hanya letak gambar-gambar yangberkaitan sahaja (gambar produk anda). Pemilihan konsep warna
yang sesuai juga amat penting.

5. Navigasi. Apa itu navigasi? Navigasi ialah perjalanan web anda
dari satu halaman ke satu halaman berdasarkan link yang anda
telah buat. Pastikan anda merekabentuk link/menu anda dengan
jelas dan mudah untuk dilihat pengunjung. Pilih warna yang sesuai
supaya ianya dapat dibezakan dan kelihatan jelas.
Penting : Pastikan navigasi yang mudah untuk proses pembelian
dan pembayaran.

6. Logo dan nama. Pastikan logo atau nama laman web anda
dipaparkan dengan jelas kerana ianya adalah identity perniagaan
anda.

7. Font. Anda perlu pilih font yang standard sahaja seperti Arial,
Verdana atau Times New Roman. Jika anda menggunakan font
yang bukan standard, ada 2 perkara mungkin berlaku:-

a. Menyusahkan pengunjung anda membaca. (Font Script)

b. Mungkin ada pengunjung yang tidak dapat melihat dan
membaca kerana font tersebut tiada di dalam komputer mereka.

8. Cara menghubungi anda. Anda perlu sediakan kaedah atau cara
bagaimana pengunjung boleh menghubungi anda sama ada melalui
email, form atau telefon.

9. Isi kandungan web anda. Anda perlu pastikan maklumat yang
anda sediakan dalam web adalah berkaitan dengan perniagaan
anda dan mencukupi, kerana pengunjung akan merasa puas hati
dengan info yang lengkap. Mereka mungkin akan membuat belian
jika mereka yakin dengan produk anda.

10. Pastikan link yang anda buat di laman web berfungsi.

11. Susunan. Pastikan susunan grafik, button, text dan link disusun
dengan baik dan tersusun. Laman web yang berterabur
membuatkan pengunjung tidak akan lawati web anda untuk kali
ke-2 dan seterusnya.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP