Related Posts with Thumbnails

Mari melawan SPAM dan PHISHING !!

Saturday, November 7, 2009

Apa khabar semua ,

Seronok cuti? Hehe .. cuti,cuti juga ... jangan lupa buat perkara berfaedah :D

Sambil-sambil saya lepak di luar rumah tadi, dapat pula idea saya untuk menulis tentang spam kepada anda. Ini untuk membuatkan anda lebih faham dan tidak melakukan perkara ini kerana ia tidak disenangi pengguna IT khususnya FORUM.

Apa itu SPAM?

 Konsep mudahnya, junk mail atau mel sampah yang masuk ke inbox anda setiap hari, tanpa kebenaran anda.

Definisi formal

 The use of mailing lists to blanket Usenet groups or private e-mail boxes with indiscrimination, unsolicited messages of a promotional nature. …

(sumber dari www.expedite-email-marketing.com/

internet_marketing_glossary_internetmarketingtermsdefinition.htm)

Apa itu PHISHING? 

Bunyi macam fishing kan? Fishing tu maksudnya memancing kan? Tapi kat sini bukan pancing ikan, tapi pancing maklumat . Macam2 cara yang digunakan untuk phishing maklumat dari anda, yang paling kerap melalui emel lah. Maklumat yang dipancing ni selalunya nombor kad kredit, password akaun bank online, dan apa-apa lah yang boleh mendatangkan duit secara senang kepada mereka. Kes orang nak duit cepat lah ni. Masuk cepat, keluar pun cepat hoho. Duit tak berkat lah katakan.

Definisi formal 1


is the act of tricking someone into giving them confidential information or tricking them into doing something that they normally wouldn’t do or …
(sumber dari – www.stpeterprince.org/terms_you_should_know.htm)

 Definisi formal 2


“Phishing” is a form of Internet fraud that aims to steal valuable information such as credit cards, social security numbers, user IDs and passwords. …
(sumber dari – www.digitalstrategy.govt.nz/templates/Page____60.aspx)

 Cara Saya Melawan SPAM

    Susah nak lawan SPAM ni. Selagi wujud orang2 yang tak fikir panjang, memang tak selesai masalah. If you can’t beat them, join them hoho. Bukan lah join buat SPAM juga ye. Apa yang saya buat, buka 2 separate akaun emel. Lagi bagus guna gmail, sebab junk mail memang kurang. Satu akaun untuk personal, untuk akaun YM (jika register dengan yahoomail) sekali. Satu akaun lagi,  guna untuk register benda ntah apa2  di interne t macam survey ke kuiz ke. Saya tahu ramai yang s uka buat kuiz di in ternet hoho .

Yang ni, jangan letak nama asal dan butir2 peribadi anda dalam profile. (Sebenarnya untuk akaun personal pun saya tak berapa galakkan anda letak betul2 alamat rumah sebenarnya, melainkan untuk tujuan bisnes) Saya selalu ubahsuai sikit apa yang saya letak dalam profile tu hoho. Bila anda buat begini, junk mail akan memenuhkan inbox anda yang satu tu saja, bukan personal. Sekali dalam 3 bulan, delete semua junk mail tu hoho. Senang cerita.

Cara Saya Melawan Phishing

Yang ni pun sama taraf dengan SPAM. Memang tak akan habis2. Jadi, apa yang anda perlu buat, jangan layan emel2 yang perlukan anda klik link yang diberi dan masukkan password atau apa2 nombor di site yang dibuka (walaupun nampak macam sama). Contohnya, anda ada gunakan perkhidmatan online banking Maybank. Anda ada mendapat emel dari Maybank (klon), yang meminta anda klik link yang diberikan dan login di situ. Ini lah taktik phishing. Bank memang tidak akan hantar emel2 sebegini. Jika anda was-was, forward kan emel pada Maybank dan tengok respons yang diberikan.

Link yang diberikan bila di-klik memang nampak sama, tapi ada 2 ciri yang tidak akan ada, iaitu logo kunci kat bawah browser anda dan https:// (Huruf "S" selepas http menunjukkan sekuriti. Apa2 pun, cara selamat adalah taip alamat url di browser untuk perkara2 sensitif seperti ini. Jangan sesekali login melalui link. Perkara2 tak sensitif (tak berkaitan dengan wang) takde masalah.

Ok lah, selamat melawan SPAM dan PHISHING. Say no to them!!

PS: Saya tengah dalam proses mengumpul maklumat untuk blog ini :D  Lagi penuh dengan info,lagi bagus . ok . ADIOS :)

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP