Related Posts with Thumbnails

Jenayah di Internet ??

Tuesday, November 3, 2009


Klasifikasi Jenayah siber


Kesemua peringkat penggunaan komputer adalah sentiasa berhadapan dengan aktiviti jenayah, sama ada sebagai mangsa kepada jenayah atau peralatan bagi jenayah atau kedua-duanya. Operasi input, pemprosesan data, operasi output dan komunikasi data telah digunakan dengan teliti untuk tujuan yang tidak sihat. Jenis jenayah siber yang biasa kita dengar :


1. Penipuan
2. Kerosakan atau pengubahsuaian terhadap program atau data komputer
3. Kecurian maklumat
4. Capaian secara tidak sah ke atas sistem
5. Menyalin perisian secara tidah sah
6. Pengintipan
7. Judi siber
8. Skim cepat kaya
9. Pornografi
10. Penggodam atau "Hacker"
11. Penyebaran virus


dan banyak lagi. Mungkin juga kita akan berhadapan dengan bentuk jenayah baru selaras dengan kepesatan pembangunan komputer. Isu yang ingin dibincangkan di sini bukanlah berkenaan bagaimana jenayah dilakukan tetapi mengapakah jenayah ini sukar dibendung. Antara beberapa faktor yang dikenal pasti ialah :


1. Sukar dikenalpasti siapakah penjenayahnya
2. Kepentingan ekonomi
3. Berbeza takrifan jenayah
4. Kepentingan ketenteraan
5. Sikap manusia "Human attitude"


Sukar dikenalpasti siapakah penjenayahnya


Siapakah penjenayah siber? Apakah jenayah yang dilakukan? Di mana jenayah dilakukan? Soalan-soalan yang sukar di jawab. Kalau jenayah lain senang dikenali contohnya perompak tentu sekali memegang senjata, penculik tentu sekali meminta wang tebusan tetapi bagaimana mengenali penjenayah siber?


"Satu masalah utama untuk membezakan ancaman siber dengan ancaman fizikal adalah untuk menentukan siapa yang menyerang sistem kita, mengapa, bagaimana, dan dari mana," kata Michael A. Vatis dari FBI. Umumnya penjenayah siber adalah golongan berpengetahuan ataupun profesional. Mungkin kawan kita, mungkin pelajar, mungkin profesor atau siapa sahaja. Mereka akan melakukan jenayah terhadap intitusi mereka sendiri atau intitusi pesaing atau mereka diupah oleh pihak tertentu contohnya.


Organisasi perniagaan mungkin menjadi sasaran pesaingnya, pekerja atau bekas pekerja. Bank serta institusi kewangan oleh perompak dan penjenayah profesional. Manakala, pihak universiti menjadi sasaran pelajar atau bekas pelajar. Agensi kerajaan pula mungkin menjadi mangsa pengganas dan komputer militari mungkin disabotaj.


Kalaulah orang yang melakukan jenayah tidak dikenali, maka undang-undang yang dirangka untuk membendungnya tidak akan bermakna. Di Amerika yang canggih teknologinyapun gagal mengesan siapa perancang tragedi 11 September, apalagi negara kita yang berada pada aras negara sedang membangun. Semasa Peristiwa 11 September 2001, 19 orang perampas kapal terbang memasuki Amerika Syarikat dengan menggunakan visa yang sah. Selain secara peribadi, mereka berhubung melalui Internet atau membuat panggilan telefon dengan menggunakan kad prabayar untuk merancang serangan terhadap New York dan Washington.



Kepentingan ekonomi


E-commerce dan K–ekonomi menjadi begitu penting sekarang. Dalam era globalisasi sekarang, sesebuah negara akan ketinggalan jika masih bergantung kepada kaedah traditional sahaja dalam urusan ekonomi. Mereka perlu bergerak seiring dengan negara-negara yang mengamalkan K- ekonomi. Bagi negara-negara membangun, kepakaran dalam bidang teknologi maklumat amat terhad. Untuk mengatasi masalah ini, mereka perlu membuka pintu untuk perlaburan luar. Malaysia contohnya telah membina Multimedia Super Corridor (MSC), iaitu sebuah kawasan seluas 15 km x 50 km di selatan Kuala Lumpur. MSC mensasarkan untuk menarik syarikat teknologi bertaraf dunia menggunakan MSC sebagai pusat untuk mengujian teknologi. Tujuh aplikasi perdana telah dibentuk untuk mengujudkan aktiviti di dalam MSC. Ianya terdiri daripada sekolah bestari, kad pintar, teleperubatan, kluster R&D, kerajaan elektronik, rangkaian pengilangan sedunia dan pemasaran tanpa sempadan.


Untuk menarik pelaburan asing yang berstatus MSC, Malaysia telah memperkenalkan satu senarai yang dikenali sebagai Rang Jaminan (Bill of Guarantees) yang antara jaminannya ialah tiada pernapisan internet. selain malaysia, banyak negara lain mengambil langkah yang sama contohnya Indonesia, India, mexico dan boleh dikatakan semua negara maju tidak menapis internet. Tidak menapis internet bermakna semua orang boleh menggunakan internet dengan bebas, termasuklah penjenayah siber.



Oleh itu, undang-undang jenayah siber yang dirangka tidak bermakna. Apabila undang-undang jenayah tidak lagi ada makna dan penggunaan internet tiada tapisan, beberapa peristiwa seperti berikut telah berlaku; Zapatista National Liberation Army di Mexico semakin bertenaga dalam menegakkan perjuangan mereka melalui alam siber, aktivis siber di Indonesia berjaya menumbangkan rejim Suharto pada bulan Mei 1998, Pelampau Hindu yang merobohkan masjid pada awal tahun 1990-an dan menyerang penganut Kristian pada akhir tahun 1990-an terdiri daripada golongan pekerja di India yang menggunakan kaset video dan Internet untuk menyebarkan mesej serta tragedi 11 sept juga menggunakan komunikasi internet.



Berbeza takrifan jenayah


Sebelum kita melangkah lebih jauh lagi untuk membincangkan jenayah siber ini, terlebih dahulu marilah kita lihat terlebih dengan definisi jenayah siber itu sendiri. Jenayah membawa maksud aktiviti seperti kecurian, penipuan, pemalsuan, peras ugut dan sebagainya. Jenayah komputer pula melibatkan segala aktiviti jenayah yang biasa dilakukan seperti kecurian, penipuan, peras ugut dan segala aktiviti yang melibatkan jenayah.


Walau bagaimana, definisi yang lebih baik dan komprehensif telah dibuat oleh Mr Donn B. Parker, seorang penyelidik di dalam bidang jenayah komputer dan keselamatan untuk SRI International di Menlo Park, California. Beliau menyatakan bahawa jenayah komputer adalah perlakuan yang mempunyai niat dan dikaitkan dengan komputer melalui apa-apa cara dan menyebabkan mangsa menderita atau boleh menyebabkan penderitaan, kerugian dan bersifat berterusan.Jabatan Kehakiman US menguatkan lagi definisi ini dengan mengatakan bahawa jenayah komputer adalah mana-mana aktiviti yang tidak sah melibatkan penggunaan pengetahuan mengenai teknologi komputer untuk merealisasikannya.


Namun demikian, kita harus akui bahawa wujudnya takrifan jenayah siber antara negara. Bagi negara-negara Islam, perkara yang berkaitan judi, pornografi, pengiklanan sex dan hal berkaitan moral adalah suatu jenayah tetapi bersifat bukan jenayah dikebanyakan negara. Amerika Syarikat umpamanya, hal-hal sebegini dianggap remeh. Hanya pornografi kanak-kanak sahaja dianggap sebagai satu bentuk jenayah. Mereka lebih memberi tumpuan kepada keselamatan dan perdagangan. Pelbagai undang-undang yang berkait rapat dengan keselamatan dan perdagangan dirangka seperti trademark low, copyright low, undang yang berkaitan hacker dan penyebaran virus dan sebagainya. Adanya takrifan yang berbeza ini menyukarkan usaha untuk dikuatkuasakan undang-undang siber. Dimalaysia yang terikat dengan janji tidak menapis internet terpaksa merelakan jenayah ini.



Kepentingan ketenteraan


Dunia tanpa sempadan menjanjikan peluang serta ancaman, kesejahteraan serta kemusnahan, dan keamanan serta peperangan. Akibatnya saling berhubungan menyebabkan sistem dan rangkaian maklumat kini terdedah kepada pelbagai ancaman dan mudah diserang. Keadaan ini mewujudkan isu baru tentang keselamatan, seperti yang disebut dalam OECD Guidelines for the Security of Information Systems and Networks: Towards A Culture of Security. Sesetengah negara, seperti Amerika Syarikat meletakkan perlindungan daripada serangan berasaskan siber dan jenayah teknologi tinggi sebagai salah satu keutamaan yang penting. Ekoran Peristiwa 11 September, kerajaan dalam OECD merangka Garis Panduan Keselamatan Sistem dan Rangkaian Maklumat yang baru untuk bertindak balas terhadap keganasan siber, virus komputer, penggodaman, dan ancaman lain.



“Walaupun Zaman Maklumat ini menjanjikan kecekapan yang semakin meningkat, namun keselamatan negara lebih sukar untuk diurus,” kata Eliot A. Cohen, pakar strategi dan kuasa ketenteraan, semasa Persidangan Tahunan Keenam di Abu Dhabi. Teknologi maklumat bukan sahaja mengaburkan sempadan antara perkhidmatan dan sempadan antara dunia ketenteraan dengan dunia awam, tetapi juga mengaburkan sempadan keselamatan.



Peperangan zaman teknologi maklumat bukan sahaja peperangan yang melibatkan kekuatan fizikal ketenteraan sahaja malahan peperangan ilmu pengetahuan. Pihak musuh akan menggunakan teknologi ini untuk menyerang sistem komputer. Serangan dilakukan dengan berbagai-bagai cara temasuk mencuri maklumat dan merosakkan sistem. kita sebagai pihak yang diserang perlu melengkapkan diri dengan ilmu bagaimana mempertahankan diri dan menyerang balas. Situasi ini secara tidak lansung akan menggalakkan ilmu bagaimana untuk menceroboh sistem dan merosakkan komputer berkembang. Secara tidak langsung hacker dilahirkan. Hacker ini jika disalahgunakan terhadap awam akan menjadi jenayah. Pada masa undang undang siber dirancang, saaat yang sama kita melahirkan hacker. Sampai bila masaalah ini akan selesai?



Sikap manusia


Sikap manusia memang sesuatu yang sukar dikawal. Kita tidak boleh mengubah attitude seseorang melainkan orang itu sendiri mengubahnya. Jenayah siber sering dilakukan oleh manusia yang mempunyai attitude negetif. Mereka menyerang sistem hanya sekadar suka-suka ataupun mencuba ilmu yang baru mereka pelajari. Kebanyakan mereka ini adalah remaja ataupun dalam lingkungan usia 20an.


“Pertumbuhan penduduk dunia kira-kira 20 peratus hingga tahun 2010, dengan 95 peratus daripadanya berlaku di negara membangun, dan kemunculan golongan remaja, berdasarkan pengalaman sejarah, merupakan faktor utama ketidakstabilan.” Leftenan Jeneral Patrick M. Hughes, Pengarah Agensi Perisikan Pertahanan, Amerika Syarikat menyatakan kebimbangan ini kepada Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Senat pada Februari 1997.




Golongan remaja mempunyai sikap yang sukar diramal. Mereka belum cukup matang untuk berfikir tentang akibat daripada jenayah yang mereka lakukan. Lebih malang, kecanggihan teknologi gagal mengenal pasti penceroboh. Misalnya, pada Februari dan Mac 2000, pencerobohan telah berlaku terhadap lebih 500 sistem komputer tentera, kakitangan kerajaan, dan sektor swasta di Amerika Syarikat. Ketika itu, Amerika bersiap sedia dengan angkatan tenteranya di Teluk Parsi ekoran ketegangan antara Iraq dengan pemeriksa senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Apabila berlaku pencerobohan sedemikian, pihak berkuasa Amerika Syarikat mengesyaki Iraq, tetapi terbukti bahawa pihak yang bertanggungjawab ialah dua orang juvenil dari Cloverdale, California, dan beberapa orang penduduk Israel.




Soalnya, bagaimana remaja atau mereka yang gemar menceroboh mempelajari ilmu ini? Mereka ini sebenarnya mahir tentang komputer. Mereka bukan belajar khusus untuk menceroboh tetapi dengan mempelajari ilmu komputer, secara tidak lansung mereka boleh mencuba untuk menceroboh sistem atau cuba mencipta virus. Oleh itu semakin tinggi teknologi IT berkembang, semakin tinggi juga teknologi bagaimana jenayah dilakukan.


"Pembangunan teknologi meningkatkan keselamatan sistem maklumat secara keseluruhan," kata Gillespie dan Nakatomi dari Direktorat Sains, Teknologi, dan Industri OECD. Namun begitu, teknologi juga menyediakan kapasiti kepada bakal penyerang atau penceroboh untuk melakukan penerobosan yang lebih pantas dengan kesan yang sangat luas dan mendalam, yang sukar dijejak. Oleh itu, undang-undang siber tidak bermakna jika masih terdapat orang yang bersikap negetif dan menggunakan kemajuan komputer ke arah negetif juga.




Kesimpulan


Daripada perbincangan di atas, undang-undang siber tidak boleh kita harapkan untuk melindungi kita dari ancaman jenayah komputer. Dalam dunia tanpa sempadan, serangan mungkin dilakukan beribu-ribu batu jauhnya ataupun dari orang yang di sebelah kita dan amat malang sekali, kita sukar mengenali siapa mereka dan dari mana mereka menyerang. Walau bagaimanapun kita kena mengambil langkah untuk melindungi sistem komputer kita sendiri. Lengkapkan diri dengan ilmu tentang komputer dan mungkin kita boleh lindungi sistem komputer dengan perisian yang ada di pasaran seperti anti-virus, firewall, pop-up blocker, anti-spyware dan apa saja perisian keselamatan yang lain.




Polis Siber


Polis Siber atau dalam bahasa Inggeris "Cybercop", adalah polis yang mengawal alam siber daripada berlakunya jenayah siber. Ini dapat dilakukan dengan memantau Internet daripada orang-orang yang ekstrim boleh membuat kacau-bilau melalui penyebaran berita yang palsu. Disamping itu dengan wujudnya perniagaan melalui Internet iaitu "e-commerce", penjenayah boleh mencuri maklumat penting seperti nombor kad kredit dan sebagainya. Kebanyakan polis siber beroperasi dalam unit teknologi maklumat.

Jadi,saya nasihatkan anda berhati-hatilah dengan penjenayah cyber dan yang 'penting' ! JANGAN JADI PENJENAYAH CYBER ! Tindakan anda akan menyusahkan orang lain.
Jadi, fikir-fikirkanlah.
ADIOS :D

1 comments:

Anonymous,  November 18, 2009 at 9:28 AM  

suka dengan artikel yg dikeluarkan. terima kasih atas maklumat yang diberikan.

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP