Panduan promosi online
Saturday, October 31, 2009
Assalamualaikum .
Kali ini saya ingin berkata tentang promosi WEBSITE / BLOG kita supaya orang ramai tahu kewujudannya.
Tidak guna jika Website lawa2 tapi orang tak tahu kewujudannya.
Jadi, bagi mengatasi masalah ini, aktiviti promosi perlu dijalankan.
Anda boleh praktikkan tips2 yang saya berikan ini.
Antara cara2 promosi :
- Promosi melalui Iklan Klassified seperti freeiklan, iklan sesama insan, iklan percuma dan sebagainya. Iklan cara ini kurang keberkesanannya. Tetapi ianya percuma! Jadi, apa salahnya anda mencubanya.
- Promosi melalui laman web sosial seperti myspace, facebook, tagged, twitter dan lain2. Promosi cara ini adalah untuk meraih ramai prospek untuk bisnes anda. Kunci kejayaannya ialah berapa ramai rakan kita. Semakin ramai rakan kita di laman web sosial, semakin ramai prospek untuk bisnes kita. Jadi, carilah kawan sebanyak mungkin di laman web sosial ini.
- Cara yang ketiga ialah promosi melalui Forum. Cara ini adalah cara favoutite saya dalam melakukan promosi. Caranya ialah melalui siggy di setiap post yang anda hantar di forum. Sebelum meletak post, anda perlu mereka siggy anda. ia seperti tandatangan digital. Setiap kali anda menghantar post, siggy anda akan dipaparkan. Jadi, pelanggan boleh melihat siggy anda secara automatik dan pada bila2 masa saja!
- Anda juga boleh meletakkan banner iklan bisnes @ produk anda di laman-laman web yang tiggi trafiknya. Cara ini agak berisiko tetapi bilangan prospek yang berpotensi adalah lebih tinggi ! Jadi, ini adalah sebagai jalan pintas untuk promosi tetapi memerlukan modal biasanya sekitar RM10 - RM100. Tidak salah untuk anda mencuba. Mana tahu untung anda lebih berganda setelah meletakan iklan berbayar.
- Anda juga boleh mencuba mengiklan melalui yahoogroups. Cara ini juga berkesan. Anda boleh menyertai apa saja yahoogroups yang sesuai dan iklanlah bisnes @ produk anda disana.
- Anda juga boleh rajinkan diri anda untuk komen membina di web blog orang lain dan letakkan url link
back ke web anda. - Anda juga boleh cuba buat video komersial / video reel tentang bisnes web anda dan promosikan di memana web contohnya di forum, blog, portal, classified, youtuba dan lain2.
- Cara yang terakhir ialah anda boleh bina mailing list dengan menggunakan Opt in list. Ia membolehkan anda membuat promosi email marketing dengan cara yang betul tanpa spam.
2 comments:
Salah satu cara promosi ng terkini ialah dengan menggunakan perisian blog. Ianya digemari laman carian masa kini... harap ia dapat membantu ...
Betul Izha ... bagus berkongsi :D
Post a Comment